Berat: 32 gram | Sampel percubaan – Dihadkan kepada 2 sampel bagi setiap pelanggan
SKU: BBS3-SAMPLE
Kategori: Baby Steps® BBs-3™
Sebagai ibu bapa, kami selalu memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Susu kambing adalah lebih lembut bagi perut kanak-kanak kerana profil asid lemak dan protein yang unik. Ini menjadikannya pilihan yang baik kepada kanak-kanak yang mempunyai perut sensitif.
Sebagai sebahagian daripada diet seimbang anak anda, Rumusan Susu Tepung Kambing Baby Steps® BBs-3™ adalah makanan tambahan yang dirumus khas untuk kanak-kanak dengan kebaikan susu kambing, dan diperkayakan dengan Omega-3 DHA serta 16 vitamin dan mineral untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak anda.
Pepejal susu kambing (61%), Maltodekstrin, Minyak sayur-sayuran [minyak bunga matahari, minyak canola, tocoferol (307b)], Galakto-oligosakarida (GOS), Serbuk asid dokosaheksaenoik (DHA) (Minyak ikan tuna), Mineral (Kalsium karbonat, Magnesium sulfat, Trinatrium sitrat, Ferik pirofosfat, Dikalsium fosfat, Zink sulfat, Kuprum glukonat, Manganum sulfat, Kalium iodat, Natrium selenit), Vitamin (Natrium askorbat, dl-α-Tocoferil asetat, Vitamin A Asetat, Niasinamida, Kalsium D pantotenat, Vitamin D₃, Sinokobalamin, Vitamin K₁, Tiamina hidroklorida, Riboflavin, Piridoksina hidroklorida, FAsid folik, D-Biotin), Kolina bitartrat, Inositol, Taurina, L-kamitina.
Diperbuat di New Zealand daripada bahan-bahan yang di import dan tempatan.
Berat: 0.032kg
Umur: | 1 hingga 3 tahun |
Air minuman: | 200ml |
Bilangan sampel*: | 1 |
Bilangan hidangan sehari: | 1-2 (2 hidangan) |
* 1 sampel = 32g tepung susu (4 ceduk tepung susu) ditambah kepada 200ml air menghasilkan kira-kira 220ml formula. Panduan penyusuan ini adalah panduan umum sahaja. Keperluan penyusuan anak anda mungkin berbeza daripada apa yang tertera di atas.
Alergen: Mengandungi bahan tenusu dan ikan
*Perhatian: Adalah dinasihatkan supaya susu diminum sebaik sahaja disediakan. Buangkan susu yang tidak dihabiskan.
Penyusuan susu ibu membekalkan khasiat yang terbaik untuk bayi dan adalah diutamakan apabila keadaan mengizinkan. Penyusuan susu ibu memberikan bayi khasiat yang lengkap untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Diet yang seimbang adalah penting sebelum dan semasa menyusu bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu ibu sehingga enam bulan, dan kemudiannya dilengkapi dengan makanan pepejal sehingga umur dua tahun. Jika anda ingin memperkenalkan rumusan susu ke dalam diet bayi anda, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau profesional kesihatan terlebih dahulu. Sila mengikuti arahan penyediaan rumusan susu untuk mengelakkan masalah kesihatan bayi. Dengan klik ‘terima’, anda boleh mengetahui selanjutnya mengenai Baby Steps® BBs-3™, dan bersetuju bahawa maklumat ini hanya disampaikan atas permintaan anda untuk tujuan penerangan sahaja.
TerimaPermohonan Sampel Percubaan anda telah diterima. Sila menyemak emel anda untuk maklumat mengenai jangka masa penghantaran dan maklumat lain yang berkaitan dengan pesanan ini.
TUTUP