fbpx

Misi kami sangat jelas – membolehkan kanak-kanak mendapat khasiat yang diperlukan dalam tempoh kritikal pertumbuhan dan perkembangan untuk memastikan kesihatan sepanjang umur.

Kami mempercayai bahawa pemakanan yang betul dalam peringkat awal pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan memberi permulaan hidup yang terbaik untuk mencapai potensi penuh mereka. Kepercayaan kami dalam kebaikan pemakanan yang baik tidak terhad kepada zaman kanak-kanak, tetapi juga pertumbuhan dan perkembangan masa hadapan. Ini menjadikan pemilihan makanan, ramuan dan produk yang betul untuk anak anda sangat penting.

Semua ramuan yang terkandung dalam Baby Steps® BBs-3™ adalah dipilih dengan teliti. Ramuan ini hanya diperolehi daripada pembekal bertauliah untuk memastikan mereka memnuhi piawaian ketat New Zealand, antarabangsa dan Malaysia tanpa kompromi.

Ramuan yang kami gunakan adalah bebas daripada GMO, dan tidak menggunakan minyak kelapa sawit atau kacang soya.

Komposisi pemakanan produk kami direka dengan menggunakan kaedah saintifik memenuhi syarat Keselamatan Makanan Australia New Zealand untuk memastikan bahawa produk kami membekalkan keperluan khasiat yang bersesuaian untuk anak-anak anda.


Lihat Ramuan