Misi kami sangat jelas – membolehkan kanak-kanak mendapat khasiat yang diperlukan dalam tempoh kritikal pertumbuhan dan perkembangan untuk memastikan kesihatan sepanjang umur.
Kami mempercayai bahawa pemakanan yang betul dalam peringkat awal pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan memberi permulaan hidup yang terbaik untuk mencapai potensi penuh mereka. Kepercayaan kami dalam kebaikan pemakanan yang baik tidak terhad kepada zaman kanak-kanak, tetapi juga pertumbuhan dan perkembangan masa hadapan. Ini menjadikan pemilihan makanan, ramuan dan produk yang betul untuk anak anda sangat penting.
Semua ramuan yang terkandung dalam Baby Steps® BBs-3™ adalah dipilih dengan teliti. Ramuan ini hanya diperolehi daripada pembekal bertauliah untuk memastikan mereka memnuhi piawaian ketat New Zealand, antarabangsa dan Malaysia tanpa kompromi.
Ramuan yang kami gunakan adalah bebas daripada GMO, dan tidak menggunakan minyak kelapa sawit atau kacang soya.
Komposisi pemakanan produk kami direka dengan menggunakan kaedah saintifik memenuhi syarat Keselamatan Makanan Australia New Zealand untuk memastikan bahawa produk kami membekalkan keperluan khasiat yang bersesuaian untuk anak-anak anda.
Penyusuan susu ibu membekalkan khasiat yang terbaik untuk bayi dan adalah diutamakan apabila keadaan mengizinkan. Penyusuan susu ibu memberikan bayi khasiat yang lengkap untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Diet yang seimbang adalah penting sebelum dan semasa menyusu bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu ibu sehingga enam bulan, dan kemudiannya dilengkapi dengan makanan pepejal sehingga umur dua tahun. Jika anda ingin memperkenalkan rumusan susu ke dalam diet bayi anda, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau profesional kesihatan terlebih dahulu. Sila mengikuti arahan penyediaan rumusan susu untuk mengelakkan masalah kesihatan bayi. Dengan klik ‘terima’, anda boleh mengetahui selanjutnya mengenai Baby Steps® BBs-3™, dan bersetuju bahawa maklumat ini hanya disampaikan atas permintaan anda untuk tujuan penerangan sahaja.
TerimaPermohonan Sampel Percubaan anda telah diterima. Sila menyemak emel anda untuk maklumat mengenai jangka masa penghantaran dan maklumat lain yang berkaitan dengan pesanan ini.
TUTUP