Baby Steps® BBs-3™ merupakan jenama terunggul NIG Nutritionals Limited yang bukan sahaja dipasarkan di New Zealand malah di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada kumpulan syarikat New Image sejak 1984, NIG Nutritionals Limited telah berada di barisan hadapan dalam pemakanan berasaskan tenusu di New Zealand. Selama lebih dari 30 tahun, New Image Group telah menjadi sebuah syarikat New Zealand yang berbangga menunaikan janji kami untuk menghasilkan produk pemakanan yang selamat dan berkualiti.
Semangat perintis dan warisan New Zealand kami telah menjadikan NIG Nutritionals Limited sebagai salah satu daripada inovator, pengilang, pengeksport serta penerima anugerah pelbagai eksport, perniagaaan dan sains dan teknologi yang terunggul. Dengan piawaian keselamatan yang ketat dan pelbagai anugerah industri kami, anda boleh berkeyakinan bahawa anda membuat pilihan yang terbaik untuk anak anda.
Baby Steps® BBs-3™ memberi tumpuan kepada kanak-kanak untuk mendapatkan khasiat yang diperlukan dalam tempoh kritikal pertumbuhan dan perkembangan untuk memastikan kesihatan sepanjang umur. Kami mempercayai bahawa pemakanan yang betul dalam peringkat awal pertumbuhan dan perkembangan akan memberi kanak-kanak permulaan hidup yang terbaik untuk mencapai potensi penuh mereka. Kepercayaan kami dalam kebaikan pemakanan yang baik tidak terhad kepada zaman kanak-kanak, tetapi juga pertumbuhan dan perkembangan masa hadapan.
Untuk melaksanakan misi ini, kami menawarkan produk susu kambing keseluruhan berkhasiat yang dirumus khas untuk kanak-kanak.
KOMPOSISI PEMAKANAN PRODUK KAMI
Direka khas berasaskan kaedah saintifik untuk keperluan pemakanan yang bersesuaian.
SUMBER RAMUAN KAMI PENTING
Ramuan kami dipilih dengan teliti, diperolehi daripada rakan kongsi yang boleh dipercayai di seluruh dunia dan diuji sebelum digunakan.
CARA PEMELIHARAAN HAIWAN KAMI PENTING
Berbanding dengan rangkaian ladang besar, kami mempunyai sebilangan kecil ladang rakan yang kami mengambil perhatian dan beroperasi. Komitmen kami terhadap kebajikan dan kebahagiaan haiwan adalah sesuatu yang amat kami berbangga.
KAMI MEMBERI JAMINAN KUALITI PRODUK DAN KESELAMATAN MAKANAN YANG TINGGI
Setiap pekerja kami mengutamakan kualiti. Kami komited untuk menyediakan persekitaran kualiti dan keselamatan makanan yang memenuhi piawaian antarabangsa yang ketat. Matlamat kami adalah terus berusaha untuk mencapai tahap jaminan kualiti dan kawalan mutu yang tertinggi.
KAMI KOMITED TERHADAP PEMASARAN BERETIKA
Kami percaya bahawa kami boleh memainkan peranan dalam mempromosikan dan menyumbangkan kebaikan yang diperolehi daripada pemakanan yang betul. Kami komited terhadap pemasaran bertanggungjawab dan beretika, serta berpegang kepada nilai kami untuk menyediakan pemakanan yang baik kepada generasi akan datang.
Kita semua inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Itulah sebabnya kami tidak berkompromi dari segi kualiti. Proses pengeluaran bersepadu ‘ladang ke kedai’ kami menjaminkan bahawa Baby Steps® BBs-3™ adalah berkualiti:
Komitmen kami terhadap piawaian tertinggi dalam pengilangan dan jaminan kualiti dengan kebolehkesanan produk.
Rumusan dan ramuan diuji untuk keberkesanan dan kualiti.
Rantaian bekalan bersepadu dengan amalan pengilangan yang ketat.
Penyusuan susu ibu membekalkan khasiat yang terbaik untuk bayi dan adalah diutamakan apabila keadaan mengizinkan. Penyusuan susu ibu memberikan bayi khasiat yang lengkap untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Diet yang seimbang adalah penting sebelum dan semasa menyusu bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu ibu sehingga enam bulan, dan kemudiannya dilengkapi dengan makanan pepejal sehingga umur dua tahun. Jika anda ingin memperkenalkan rumusan susu ke dalam diet bayi anda, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau profesional kesihatan terlebih dahulu. Sila mengikuti arahan penyediaan rumusan susu untuk mengelakkan masalah kesihatan bayi. Dengan klik ‘terima’, anda boleh mengetahui selanjutnya mengenai Baby Steps® BBs-3™, dan bersetuju bahawa maklumat ini hanya disampaikan atas permintaan anda untuk tujuan penerangan sahaja.
TerimaPermohonan Sampel Percubaan anda telah diterima. Sila menyemak emel anda untuk maklumat mengenai jangka masa penghantaran dan maklumat lain yang berkaitan dengan pesanan ini.
TUTUP